Imbang

Sebenarnya di antara kita tidak ada orang berani. Tidak ada orang kuat. Yang ada cuma orang belajar. Dan orang cuba-cuba. Ada hari kita tak mampu untuk turun dari katil. Tak mampu mandi. Tak mampu makan. Ada hari kita boleh turun dari katil. Boleh ketawa. Boleh berjumpa dunia. Tiap hari kita ada pilihan. Apa pun fikiran kita, Tuhan tetap Maha Adil dan Baik. Dunia tidak pernah menjanjikan kesempurnaan, tapi ia membolehkan keseimbangan. Selama ini kita sangka, kesempurnaan yang akan menjadikan hidup kita cukup. Kita salah. Bukan kesempurnaan. Tapi keseimbangan.


Recent Posts