Terms & Conditions
Learning from recent (scary) experiences, I have decided to make some changes in the way I do my advocacy work, and I am thinking of using these "terms & conditions" from now on whenever a media person approaches me regarding MRKH. What do you think? Okay atau over? ___
Hai! Tahniah dan terima kasih di atas minat anda untuk mengutarakan topik Sindrom MRKH dalam program / liputan anda, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang DSD (disorders / differences in sex development) di kalangan masyarakat kita.
Berikut adalah ketetapan yang perlu diberi perhatian:
(1) Liputan / penyampaian haruslah dilakukan dalam nada yang positif dan memperkasa (positive and empowering); bukan nada sedih atau simpati.
(2) Liputan / penyampaian sebaiknya tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan Sindrom MRKH, komuniti MRKH, advokasi MRKH, dan kumpulan sokongan MRKH Malaysia; bukan kehidupan peribadi pengasas MRKH Malaysia.
(3) Tiap foto, video, dan tulisan hendaklah mendapat keizinan saya sebelum digunakan. Mohon jasa baik tuan / puan untuk elakkan penggunaan foto, video, dan tulisan yang menyentuh kehidupan peribadi saya.
Terima kasih kerana menghormati sensitiviti ini dan prihatin terhadap kepentingan isu Sindrom MRKH serta DSD secara amnya. Semoga kerjasama kita akan memanfaatkan semua.
Ikhlas, Wani Ardy MRKH Malaysia