Infertility: Redefining Marriage, Family, Motherhood, & Parenthood



I must be honest- speaking about redefining family, marriage, parenthood, and motherhood to THE Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) was scary. I'm talking about a conventional government body here. Tapi ini perlu. Sebab saya tak boleh buat seorang diri. Kerja membentuk mentaliti masyarakat bukan kerja satu orang atau satu hari. And this isn't just for MRKH Syndrome, but all DSDs (disorders in sexual development) that cause infertility. Infertiliti tak buat kita mati. Asal selalu berbalik pada asas:


Allah Maha Baik. Maksudnya, apa pun bentuk kejadian kita, ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. His test is His love. His plan is the best. Just because you don't see the kebaikan and the hikmah just yet, doesn't mean that it doesn't exist. Tuhan tak pernah jadikan seseorang / sesuatu dengan sia-sia. Dia tak cipta kita untuk aniaya kita. Berhenti bersangka buruk.


Allah Maha Kuasa. Maksudnya, kejadian kita ni macam-macam. Beza-beza. Ada orang beranak ramai. Ada orang ber-anak angkat. Ada orang senang childless. Ada orang suka single. People don't need to be the same. Lain orang, lain keperluan, lain keupayaan. Don't compare. "Nak bahagia" dan "nak banding diri dengan orang lain yang nampak best" adalah dua perkara yang takkan wujud serentak. Pick one.


Allah Maha Adil. Maksudnya, semua jenis perempuan adalah sama mahal dan sama penting. Kita semua ada fungsi atas muka bumi. Semua. Perempuan yang boleh mengandung. Perempuan yang tak boleh mengandung. Perempuan yang takda rahim. Perempuan yang takda faraj. Perempuan yang takda ovari. Perempuan yang takda tiub. Semua ada guna. Semua ada harga. Go find yours.


Slowly but surely.

Wani Ardy MRKH Malaysia "Challenging perceptions, changing lives."

http://bit.ly/mrkhmalaysia

#sindrommrkh #mrkhmalaysia #mrkhsyndrome #mrkhawareness

___

Note: MRKH Syndrome is a congenital disorder where females were born without uterus and upper vagina, subsequently affecting the health of their kidneys, heart, bones, hearing, as well as mental and emotional wellbeing. This rare syndrome happens to 1 in every 4,000 to 5,000 women all around the world.


Nota: Sindrom MRKH adalah keadaan di mana perempuan dilahirkan tanpa rahim dan laluan faraj, lantas memberi kesan terhadap buah pinggang, jantung, tulang, pendengaran, serta kesihatan mental emosi. Sindrom ini terjadi kepada 1 dalam setiap 4,000 ke 5,000 wanita di seluruh dunia.


Recent Posts