top of page

Berbalahsayang

Dalam banyak-banyak consultation sessions (Skype and face-to-face) yang saya pernah buat dengan pasangan MRKH (isteri / tunang menghidap sindrom MRKH), ada satu pasangan ni saya paling tak boleh lupa sebab mereka kelakar dan comel. Si isteri jenis pessimist, panicky. Si suami pula jenis optimist, tenang. See- in any consultation session, adalah perkara biasa untuk suami isteri berbalahsayang di depan saya. (Berbalahsayang maksudnya berbalah out of concern for each other, not out of rage.) Selalunya saya senyum saja... sambil cuba bawa mereka kembali ke perbincangan. Saya bukan kaunselor JAIS; saya cuma MRKH advocate.


So this husband and wife, like many others, also argued in front of me. Si isteri geram agaknya tengok si suami tenang, sedangkan dia rasa macam nak pengsan bila dapat tahu dia menghidap sindrom MRKH. Si isteri mula bisik membentak: "Awak tak faham, awak takda dalam badan saya ni!" Si suami cepat-cepat memujuk: "Saya faham, yang... Saya pun takda rahim..."


🙃😂🙃😂


Sumpah kalau saya tengah minum air masa tu memang saya tersembur dah.


__


Nota:

Sindrom MRKH adalah keadaan bilamana perempuan dilahirkan tanpa rahim, tanpa laluan vagina, serta abnormaliti lain yang berkemungkinan pada buah pinggang, tulang, pendengaran, dan jantung.

Support group MRKH Malaysia hari ini ada hampir 200 orang ahli jika termasuk mereka dari Singapura dan Indonesia.


Ada 600+ applications yang saya masih sedang periksa satu persatu.


According to research and statistics, we estimate that there are at least 3,000 MRKH women / girls in Malaysia alone. Majority of them are hiding out of shame, guilt, and denial. Kemungkinan besar, ramai diantara mereka ini tak tahu pun bahawa mereka adalah penghidap.


Kalau umur awak dah melebihi 17 tahun dan awak TAK PERNAH ada darah haid seumur hidup, tolong jumpa pakar sakit puan. Best option: PPUKM, our partner. (Saya bukan pakar sakit puan, saya bukan kaunselor JAIS; saya MRKH advocate.)


__

Nota lagi:

Pasangan MRKH di atas telah memberi kebenaran pada saya untuk menulis ini. Hehe.


Recent Posts
Archive
bottom of page