Penghidap // Pendukung
Menghidap sindrom MRKH dan mendukung kerja advokasinya adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sebagai penghidap, saya OK. Dah hampir 20 tahun sejak diagnosis- saya OK. Tapi sebagai pendukung, saya masih belajar. Baru 5 tahun saya buat kerja-kerja advokasi. Di waktu-waktu yang sangat menguji, kadang tertanya juga pada diri: "Apa motif aku buat benda ni? Turun naik stesen radio & TV, keluar masuk majalah & akhbar, korban sebahagian hidup peribadi, menapak ke temuramah & ceramah sini sana termasuk persidangan dalam & luar negara. What's the point of all these, really?"
Kemudian saya terima pelbagai mesej dan ucapan terima kasih dari para penghidap MRKH di sana sini. Peringatan-peringatan kecil Tuhan tunjuk pada saya. Wani, you are on the right path.