top of page

MRKH Bukan Isu Wanita Tapi Isu Semua

Saya suka komen yang bertanya- tiada berita lainkah yang nak dimuatkan dalam Buletin Utama, kerana "cerita mandul" patut masuk dalam program Nona, Mingguan Wanita, dan sebagainya.


Saya suka juga komen yang menjawab- kalau program Nona, Mingguan Wanita, dan sebagainya, berapa ramai saja orang yang akan menonton, terutamanya lelaki?


Jangan risau. Insyaallah ada ruang untuk semua isu. Kerana semua isu ada pentingnya. Dan ini bukan "cerita mandul" biasa. Sindrom MRKH terjadi kepada 1 dalam setiap 4,000 - 5,000 wanita di seluruh dunia. Tiada diskriminasi. One could even be in your family. Penghidap lahir tanpa organ rahim dan laluan faraj, menyebabkan buah pinggang, jantung, tulang, pendengaran, serta kesihatan mental emosi turut terkesan akibat stigma. Simptom utama ialah tiada darah haid. Anda akan terkejut betapa ramainya perempuan yang seumur hidup tiada darah haid tapi bersembunyi dalam rahsia. Kaum lelaki perlu tahu. Kerana kaum lelaki hidup bermasyarakat dan berkeluarga di planet bumi yang turut didiami oleh kaum perempuan.


P.S. Jutaan terima kasih buat Buletin TV3 dan Ezreena Amir Hamzah atas liputan yang padat dan visual yang hebat. Sorry I looked tired and 'blur' during the interview. Didn't sleep the night before as I was preparing for the Global MRKH conference. Apa pun, semoga perkongsian ini bermanfaat!




Recent Posts
Archive
bottom of page